Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 MALAYSIA...
Perhatian kepada semua ahli koir SOLID HARMONIE, berikut disenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan melibatkan kumpulan kita:
· JEJAK WARISAN
Perancangan MT KKK untuk ke KELANTAN melihat budaya masyarakat disana. Tarikh yang dirancangkan sama ada 8-10 MEI @ 9-11 MEI 2010. Sekurang-kurangnya memerlukan 5 orang wakil dari kumpulan kita.
· MALAM GAGASAN BUDAYA
Malam dimana semua kumpulan dibawah naungan KELAB KESENIAN & KEBUDAYAAN(KKK) UMP akan mempamerkan bakat dan keunikan kumpulan masing-masing melalui persembahan berdurasi 10-15 minit. Matlamat ialah untuk mencari ahli-ahli baru dikalangan pelajar baru tahun 1. Tarikh perancangan; 1-7 OGOS 2010(selepas MINDS ‘10)
· PROGRAM PENGHAYATAN KEMERDEKAAN
Program koleberasi antara KKK, Sahabat Masjid (SAHAM), sekreteriat RAKAN MUDA (SRM), kelab 1 MALAYSIA. Bertujuan untuk menyemarakkan sikap patriotik dikalangan mahasiswa dengan program-program yang diaturkan. Perancangan tarikh ialah pada 1-7 OGOS 2010.
· MALAM INSPIRASI SENI
Mempamerkan bakat-bakat mahasiswa UMP dalam bidang seni dan mempamerkan kebudayaan bangsa Malaysia melalui persembahan-persembahan setiap kumpulan yang bernaung dibawah KKK. Dijangkakan berlangsung pada 7 OGOS 2010.
· MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN MAKAN MALAM KELAB
Pembentangan aktiviti dan status kewangan kelab KK sepanjang tahun. Dijangka dijalankan 23 OKTOBER 2010.
· BENGKEL SENI SUARA
Ura-ura menyatakan akan dikendalikan oleh Siti Hajar Group(tenaga pengajar teknik nyanyian & vokal Akademi Fantasia). InsyaALLAH dapat, jika sambutan terhadap kumpulan-kumpulan berorientasikan seni suara tinggi dan mantap dari mahasiswa UMP. Tarikh masih dalam perbincangan.