Thursday, October 28, 2010
Friday, March 26, 2010
GANTT CHART.....
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 MALAYSIA...
Perhatian kepada semua ahli koir SOLID HARMONIE, berikut disenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan melibatkan kumpulan kita:
· JEJAK WARISAN
Perancangan MT KKK untuk ke KELANTAN melihat budaya masyarakat disana. Tarikh yang dirancangkan sama ada 8-10 MEI @ 9-11 MEI 2010. Sekurang-kurangnya memerlukan 5 orang wakil dari kumpulan kita.
· MALAM GAGASAN BUDAYA
Malam dimana semua kumpulan dibawah naungan KELAB KESENIAN & KEBUDAYAAN(KKK) UMP akan mempamerkan bakat dan keunikan kumpulan masing-masing melalui persembahan berdurasi 10-15 minit. Matlamat ialah untuk mencari ahli-ahli baru dikalangan pelajar baru tahun 1. Tarikh perancangan; 1-7 OGOS 2010(selepas MINDS ‘10)
· PROGRAM PENGHAYATAN KEMERDEKAAN
Program koleberasi antara KKK, Sahabat Masjid (SAHAM), sekreteriat RAKAN MUDA (SRM), kelab 1 MALAYSIA. Bertujuan untuk menyemarakkan sikap patriotik dikalangan mahasiswa dengan program-program yang diaturkan. Perancangan tarikh ialah pada 1-7 OGOS 2010.
· MALAM INSPIRASI SENI
Mempamerkan bakat-bakat mahasiswa UMP dalam bidang seni dan mempamerkan kebudayaan bangsa Malaysia melalui persembahan-persembahan setiap kumpulan yang bernaung dibawah KKK. Dijangkakan berlangsung pada 7 OGOS 2010.
· MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN MAKAN MALAM KELAB
Pembentangan aktiviti dan status kewangan kelab KK sepanjang tahun. Dijangka dijalankan 23 OKTOBER 2010.
· BENGKEL SENI SUARA
Ura-ura menyatakan akan dikendalikan oleh Siti Hajar Group(tenaga pengajar teknik nyanyian & vokal Akademi Fantasia). InsyaALLAH dapat, jika sambutan terhadap kumpulan-kumpulan berorientasikan seni suara tinggi dan mantap dari mahasiswa UMP. Tarikh masih dalam perbincangan.
SEBULAT SUARA....
Dalam ‘gathering’ kumpulan koir SOLID HARMONIE yang selesai diadakan pada 26 MAC yang lepas...beberapa kata putus telah diambil dan dicapai. Antaranya:
· Latihan kumpulan akan diadakan secara berkala pada hari RABU, 5.00 petang, di STUDIO KOMPLEKS SUKAN, dan JUMAAT, 5.00 petang, di STUDIO KOMPLEKS SUKAN.
· Perletakan jawatan beberapa MT SOLID HARMONIE telah diterima:
1. MUHAMAD NADHIR BIN NORDIN - Ketua kumpulan
2. NURUL SYAZWANI BINTI ROHAIMI - Setiausaha
· Organisasi baru setakat ini seperti berikut:
1. MOHD SYAZWAN NIZAM BIN MOHD MONI - Pemangku Ketua
2. EMIR IZWANDY B DZULKAFLI - Penolong Ketua
3. SAIFUL NIZAM BIN RAMLEE - Setiausaha
4. MOHD FAZRY BIN MAHPAR - Bendahari
LAGU RASMI PERSATUAN MATAHARI UMP
MATAHARI
Senyummu MATAHARI
Menyapa sanubari
Dikeheningan pagi
Srikandi UMP
Menyokong visi suci
Menyatu hati
Menabur bakti
Semangat MATAHARI
Mengungguli peribadi
Memacu kecemerlangan
UMP terus bersinar, menerangi alam
Dalam kegelapan
Memberikan sinaran
Selembut bidadari
Sesuci dari syurgawi
Senyummu MATAHARI
Monday, March 22, 2010
CEPAT!!! CEPAT!!!
ANDA YG KAMI CARI!!!
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 Malaysia...
Kumpulan koir SOLID HARMONIE...yg bernaung dibawah KELAB KESENIAN & KEBUDAYAAN UMP...kini mencari bakat2 baru untuk memeriahkan lagi salah satu kumpulan seni suara di UMP ini...
Kami mencari anda2 yang berbakat utk menjadi ahli koir, konduktor, pianist, dan juga tenaga pengajar. Penyertaan anda sgt2 dialu2kan dari segenap lapisan masyarakat dan budaya.
Kepada yang berminat, boleh hubungi member ktorg kat oovoo ni ek...untuk maklumat lanjut dan penyertaan.
OOvOO : fazz_jajan
amy88rool