Tuesday, January 11, 2011

PENJENAMAAN SEMULA


SALAM SATU MALAYSIA

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca dan pengikut setia blog kumpulan koir UMP.

Untuk pengetahuan semua, Kelab Koir UMP yang dahulunya dikenali sebagai Solid Harmonie telah berubah kepada Vocal Intensity dan kini telah berdiri sendiri tidak lagi di bawah Jabatan Kebudayaan Kesenian Universiti. Namun, kerjasama yang kuat masih lagi dijalinkan antara JKK dan Kelab ini.

Pertukaran nama kelab tidak sama sekali melupuskan nama kelab Solid Harmonie yang telah banyak berjasa dalam menaikkan nama kumpulan koir di UMP tetapi, pertukaran ini dilakukan setelah kelab yang dahulunya dikenali sebagai kelab koir, telah bertukar menjadi kelab vokal atau 'UMP's Vocalists Club' yang merangkumi, kumpulan koir (Solid Harmonie) dan resident Artis UMP.

Sehubungan dengan itu, pelbagai projek bakal dilaksanakan bagi mencari bakat-bakat baru khususnya generasi pelapis dalam kumpulan koir serta penyanyi UMP. Sesungguhnya, jasa dan kejayaan alumni-alumni koir UMP menjadi pendorong dan pencetus semangat ahli-ahli kelab ini untuk meneruskan perjuangan demi menaikkan dan memartabatkan Seni Suara di UMP pada masa-masa akan datang.